Jumaat, 22 April 2016

Cendawan Susu Rimau: Liar VS Penanaman di makmal (kultivasi)

Hi semua,

Pada entri kali ni saya akan membuat sedikit perbandingan mengenai Cendawan Susu Rimau spesis yang liar dan spesis yang ditanam didalam makmal. 



Cendawan susu rimau spesis liar ialah cendawan yang diperolehi daripada habitat asal cendawan tersebut iaitu didalam hutan. Manakala cendawan susu harimau yang ditanam di dalam makmal menggunakan kaedah kultvasi dan dan dalam keadaan yang terkawal, serta tahap kebersihan yang tinggi.. 

Cendawan susu rimau yang liar biasanya hanya boleh dijumpai di dalam hutan tropika seperti di ;

- Malaysia
- Indonesia
- China Selatan
- Thailand
- Filipina
- Papua New Guinea

Spesis yang liar selalunya ditemui jika anda bernasib baik sahaja. Kerana ianya adalah spesis yang jarang ditemui. Ubi (sclerotia) cendawan ini juga berada dibawah tanah menjadikannya sukar untuk ditemui. Jadi kene tunggu dahulu payung dan batang cendawan ni tumbuh baru boleh nampak dengan mata kasar. Terdapat beberapa  masalah dengan cendawan susu rimau yang liar, antaranya;

-bekalan terhad
-sukar untuk dijumpai kerana ubinya berada dibawah, hanya dapat dilihat apabila payung dan batang cendawan tersebut tumbuh dari ubi (sclerotia)
-khasiat nya berkurangan, kerana segala khasiat yang terdapat pada ubinya akan digunakan untuk pertumbuhan batang dan payung cendawan tersebut.  

Penanaman kultivasi menggunakan kaedah bioteknologi boleh menyelesaikan masalah- masalah diatas. Kumpulan penyelidik dari Mardi, yang diketuai oleh Dr. Tan Chon Seng telah berjaya mengkulturkan cendawan susu harimau untuk ditanam di dalam makmal. Melalui kajian tersebut, mereka telah menemui keadaan dan bahan-bahan media pertumbuhan yang sesuai untuk mengalakkan pertumbuhan cendawan susu harimau. Media tersebut mempunyai sifat nutrien yang sama dengan  sifat nutrien yang terdapat di dalam tanah. 

Bagi menyenangkan lagi, jadual kat bawah ni menunjukkan perbandingan cendawan susu rimau liar dan yang ditanam secara kultivasi. 



Jadi macam mana nak tanam cendawan ni di dalam makmal? Nak tahu? kene la ikuti entri seterusnya okay?? 


Menerokai sejarah Cendawan Susu Rimau

Pada entri kali ni.. Kita akan bersama2 menerokai sejarah Cendawan Susu Rimau ni...

Kalau anda semua nak tahu... Cendawan ni dah lama digunakan... Terutamanya dikalangan orang asli untuk mengubati penyakit... 

Cendawan ini telah pon digunakan selama 400 tahun dahulu lagi .. Pada tahun 1664, seorang pengembara yang bernama John Everlyn telah mencatatkan didalam diarinya iaitu " The Diary of John Everlyn" mengenai cendawan susu rimau ini..Beliau mencatatkan cendawan ini dalam bahasa latin sebagai Lac tygridis yang mebawa maksud susu harimau. Apabila beliau mengembara ke asia, beliau mendapati penduduk tempatan kebanyakan nya mengunakkan cendawan susu rimau ini untuk mengubati penyakit.. Beliau juga menyatakan bahawa cendawan ini mampu mengubati penyakit yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan barat..




Jurnal pernulisan oleh Cooke
Pada tahun, 1879 pula, seorang ahli sains yang bernama Cooke telah menyatakan bahawa spesimen pertama cendawan susu rimau ini ditemui di Pulau Pinang, Malaysia. Beliau telah mengklasifikasikan spesimen pertama ini secara saintifik dan digelar Fomes rhinocerotis

Henry N. Ridley













Bapa Industri Getah Negara, Henry N. Ridley juga turut menyenaraikan kepentingan cendawan ini didalam jurnal penulisannya (JSBRAS, 1889). Henry menyatakan bahawa cendawan ini mempunyai nilai perubatan yang amat tinggi terutamanya untuk mengubati asma dan masalah paru paru. Beliau juga menyatakan cendawan ini mempunyai nilai  yang tinggi di pasaran disebabkan oleh keberkesanannya.


Selain itu, bekas pemimpin negara Malaysia sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan keberkesanan cendawan susu rimau ni.. Semasa berucap di International Convention of Biotechnology pada tahun 2002,  beliau telah menyatakan bahawa cendawan susu rimau ni telah membantu menyembuhkan batuk kronik beliau... Tun M merupakan seorang doktor perubatan juga turut mengunakkan cendawan susu rimau ini... Kenapa tidak anda???
Tun memberi ucapan di International Convention of Biotechnology, 2002


Pada zaman 50-an dan 60-an, cendawan ini digunakan secara meluas oleh rakyat tempatan, pengunaan cendawan ini juga dikategorikan mengikut kaum... 

Bagi etnik Melayu, cendawan ini digunakan untuk mengubati penyakit2 seperti berikut;

- mengubati barah payudara dan barah perut
- meringankan sakit sendi
- sebagai tonik penguat badan dan lain-lain

Manakala bagi etnik Cina pula, cendawan ini kebanyakannya digunakan untuk;

-mengubati asma dan batuk
-melindungi peparu dan sistem pernafasan
-meguatkan sistem pertahana badan

Suatu kajian yang dijalankan oleh Azliza dan kumpulan penyelidiknya pada tahun 2012 terhadap ubat- ubatan tradisional yang digunakan oleh kaum orang asli Temuan di kampung Ulu Kuang menunjukkan bahawa Cendawan susu harimau terutamanya bahagian ubinya (sclerotium) banyak digunakan dalam perubatan orang asli seperti;

- batuk 
- seram sejuk
- asma 
- rawatan selepas bersalin

Tetapi pada zaman 70-an cendawan susu rimau ini telah kurang digunakan dalam perubatan disebabkan oleh kemunculan ubat-ubatan moden... 

Kalau anda semua nak baca lebih lanjut mengenai sejarah-sejarah tersebut, boleh dibaca di link berikut... 



Rabu, 20 April 2016

Asal-Usul Nama Cendawan Susu Rimau (Mitos dan Sains)~~

Seperti yang dijanjikan.. Entri kali ini admin akan menceritakan mengenai nama Cendawan Susu Rimau ni...

Haa kalau nak tahu kena la baca sampai habis....

Menurut cerita orang asli , cendawan ini mendapat nama berdasarkan cerita di mana kulat yang tidak dikenali ini tumbuh di tempat di mana titisan susu harimau betina jatuh ke bumi apabila menyusukan anaknya.

Maka dari situ lah ianya dinamakan Cendawan Susu Rimau.. kenapa rimau ? kenapa bukan harimau?

Mengikut kepercayaan atau pantang larang orang asli, apabila seseorang berada di dalam hutan, elakkan daripada menggunakkan nama orang tersebut apabila hendak memanggilnya.. Ini kerana dikhuatiri jin2 atau makhluk dalam hutan akan turut mendengar nama tersebut dan dia akan turut sama memanggil... Menakutkan tak ??? Hahah.. tapi ni mitos kira macam mitos atau pantang larang orang asli je la.

Oleh itu, bagi cendawan susu rimau pula... Ianya tidak dipanggil sebagai cendawan susu harimau apabila berada di hutan bagi mengelakkan daripada harimau muncul ketika pencarian cendawan susu rimau di lakukan.. Mereka juga percaya bahawa terdapat harimau di kawasan dimana cendawan tersebut dijumpai. Sekali lagi ini hanya lah mitos atau pantang larang orang asli ketika berada di dalam hutan..

Nama cendawan susu rimau ini juga turut dicatat di dalam tesaurus bahasa melayu.. Ini menandakan bahawa cendawan ini bukanlah sesuatu yang asing malah sesuatu yang diketahui umum pada masa dulu.



Secara saintifiknya pula, cendawan ini digelar Lignosus rhinocerus atau Polyporus rhinocerus kerana ciri-ciri nya yang mempunyai 3 bahagian utama iaitu payung, batang dan ubi, sekaligus dikategori kan dalam keluarga Polyporacae. Jangan terukar pulak dengan Pleurotus tuber-regium kerana cendawan ini juga digekar cendawnan susu rimau disebakan oleh ciri-ciri nya yang sama iaitu mempunyai payung, batang dan juga ubi.


                   
                                 Lignosus rhinocerus                            Pleurotus tuber-regium

Apa yang membezakan antara 2 jenis spesis ini adalah Cendawan susu rimau yang sebenar (Lignosus rhinocerus) tumbuh secara tunggal, manakala Pleurotus tuber-regium pula tumbuh secara berkelompok.

Bahagian isi ubi cendawan susu rimau pula berwarna putih susu seakan susu ibu harimau. Khasiat cendawan susu rimau kebanyakkannya berada pada bahagian ubinya.. Secara tradisional ubi ini akan direbus dan air rebusannya akan diminum sebagai tonik penguat badan. Ada juga yang dicampurkan dengan herba-herba lain seperti tongkat ali.

Ubi cendawan susu rimau ( sclerotia)

Setakat ni sajalah entri pada kali ni... entri seterusnya admin akan menceritakan sejarah cendawan ini pula... Nak tahu tak cendawan ni dah digunakan selama 400 tahun dahulu dah... Lama kan? Nak tahu pasal sejarah?? Tunggu la entri berikutnya~~~

Bye~~


Selasa, 12 April 2016

Mari Mengenali Cendawan Susu Rimau~

Cendawan Susu Rimau? Ape tu ye?

Ok kalau korang semua nak tahu jom kita sama-sama baca entri kali ni

Koleksi cendawan susu rimau


Pada entri kali ini, sy akan menceritakan serba sedikit pasal Cendawan Susu Rimau ni … atau nama Inggerisnya TIGER MILK MUSHROOM, atau kalau secara saintifiknya adalah Lignosus rhinocerus

Cendawan ini bukan lah seperti cendawan yg lain kerana ianya amat sukar ditemui dan bukanlah sesuatu yang anda boleh perolehi di pasar basah atau pasar kering . Rata- ratanya cendawan ini ditemui di hutan belantara.. Cendawan ini tumbuh secara tunggal atau individual dan bukan berkelompok seperti cendawan lain..

Cendawan ini mempunyai 3 bahagian utama, iaitu payung, batang dan ubi.  Khasiat cendawan ini terletak pada bahagian ubinya (sclerotium). Bahagian dalam ubinya berwarna putih susu, seolah2 seperti warna susu harimau.

BOLEH TENGOK SINI:




Rata-rata masyarakat moden sekarang mungkin tidak tahu mengenai cendawan ini… Walaupun begitu, cendawan ini amat lah popular di kalangan generasi tua dan juga masyarakat orang asli Malaysia. Bagi mereka cendawan ini amat la berkhasiat dan berguna untuk mengubati pelbagai penyakit.

Orang asli menggunakan cendawan ini untuk mengubati lebih daripada 15 jenis penyakit seperti;
- demam
- batuk
- lelah
- barah / kanser
- keracunan makanan
- luka
- lemah- lemah badan (sebagai tonik utk menguatkan badan)
- sakit sendi

Cendawan boleh dikatakan sebagai harta karun negara dan mempunyai nilai yang amat tinggi kerana khasiat nya dan tidak mudah untuk diperolehi.

Menurut kepercayaan orang asli hanya yang bertuah dan murah rezeki sahaja akan menemuinya..

Mengikut kepercayaan dongeng purbakala, cendawan ini dipercayai tumbuh dikawasan dimana titisan susu ibu harimau jatuh ke bumi semasa ibu harimau menyusukan anaknya.. Disebabkan itulah cendawan ni dinamakan cendawan susu rimau..

Kenapa rimau? Kenapa bukan harimau? Kalau nk tahu tunggu entri berikutnya dimana sy akan menceritakan asal usul nama cendawan susu rimau ni dengan lebih lanjut…


Khamis, 7 April 2016

Hello world!!!!!!

Hi semua! 

Entri pertama mestilah pasal pengenalan.. Betul tak??

Based on tajuk blog kat atas,

Kini ianya bukan rahsia lagi~ 

Blog ni sebenarnya adalah untuk berkongsi dengan anda semua mengenai Cendawan Susu Rimau atau nama omputih nye Tiger milk mushroom atau saintifiknya adalah  Lignosus rhinocerus..

Nak tahu lebih lanjut tentang Cendawan Susu Rimau ni??? 

Nak tahu kenapa nama dia macam tu??

Nak tahu lebih lanjut tentang khasiat nya??

Nak tahu lebih lanjut tentang Ligno Biotech Sdn. Bhd. ??


Kalau anda semua nak tahu kene la follow blog ni dulu dan nantikan entri seterusnya  dan seterusterusnya ~~

Stay tuned!!!


Nah korang dengar la dulu lagu Hello dari Adele ni~





Layari laman sesawang kami untuk produk dan tempahan:

http://www.ligno.com.my/

E-shop : http://www.ligno.com.my/#!e-shop/lce40