Ahad, 29 Mei 2016

Tigerus Cendawan Susu Harimau (CSH) vs Ubatan Moden



Hai pembaca-pembacaku sekalian.. 

Kali ini kita akan buat sedikit perbandingan la mengenai Tigerus Cendawan Susu Harimau ni dengan Ubatan Moden yang terdapat dipasaran sekarang ni... 

Ubatan moden memang tak asing lagi didalam dunia perubatan pada masa kini kan? Mana tak nya, kalau anda semua sakit je mesti pergi hospital atau klinik.. Lepas check2 kalau sakit mesti doktor atau pergawai perubatan akan preskripsikan anda dengan ubat-ubat moden yang rata-ratanya mengandungi bahan kimia... BAHAYA ! Bahan kimia memang akan ada kesan sampingan.. 

Ubatan moden ni juga tidak boleh diambil dalam kadar yang lebih daripada dos yang ditetapkan oleh doktor atau pegawai perubatan atau ahli farmasi.. Ubatan moden yang digunakan untuk merawat penyakit seperti darah tinggi atau kencing manis selalunya perlu diambil secara berterusan... Kiranya hidup anda seperti bergantung kepada ubat tersebut.. Sebab kalau anda berhenti makan ubat tersebut penyakit tu akan datang balik..Perlu diingatkan bahawa pengambilan ubatan moden dalam jangka masa yang panjang akan mendatangkan kesan bahaya kepada organ-organ didalam badan kita terutamanya buah pinggang.

Ubatan moden juga rata-ratanya menjejaskan sistem imunisasi badan anda.. Mungkin juga boleh melemahkan sistem imunisasi badan... Lagi satu, ubat-ubat moden ni juga dicipta khas untuk merawat satu jenis penyakit sahaja.. Sebab tu kalau anda ke klinik atau hospital ketika anda demam atau batuk, anda mesti akan diprekripsikan dengan pelbagai jenis ubat untuk merawat penyakit tersebut.. Ubatan moden juga rata-ratanya tidak akan merawat penyakit pada puncanya, tetapi hanya menghentikan sakit tersebut sahaja.. 

Jadi lebih baik lah kalau anda pilih untuk menggunakan Tigerus Cendawan Susu Harimau untuk merawat penyakit anda tu .... Baru lah selamat... Boleh tengok dekat jadual perbandingan kat bawah ni untuk mengetahui apa kelebihan atau kebaikan cendawan susu harimau ni berbanding ubatan moden.. 




Cendawan susu harimau ni boleh menjadi makanan tambahan anda ataupun supplement anda kerana sifatnya yang semulajadi.. Jadi bebas dari bahan kimia ye... Dekat Ligno Biotech Sdn. Bhd. cendawan susu harimau ni ditanam secara kultivasi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia ye.. Ye betul tu tiada campuran bahan kimia.. memang 100% asli cendawan susu harimau... Pure punya!!.

Disebabkan  cendawan ni memang semulajadi, jadi tiada sebarang kesan sampingan yang direkod setakat ini... Dan bila anda dah sihat.. X perlu lah makan cendawan ni lagi... Boleh je kalau anda nak makan sebagai tonik harian untuk menguatkan badan dan meningkatkan stamina badan anda.. Tiada masalah pon kalau anda nak mengamalkannya setiap hari..

Setakat ini sahaja lah.. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh layari website kami www.tigerus.com.my atau facebook kami di https://www.facebook.com/tigerusTMM/ ataupon IG kami www.instagram.com/dr.tigermilk ... See ya !

Rabu, 25 Mei 2016

Testimoni Pengguna: Kesihatan Paru-Paru

Entri kali ini akan fokus pada testimoni pengguna yang sudah menggunakan produk TIGERUS cendawan susu harimau ni...

Seperti yang anda semua tahu, cendawan susu harimau ni bagus untuk;

- kesihatan paru-paru dan pernafasan
- imunisasi badan dan daya tahan
- kesihatan sendi tulang
- alahan kulit
- masalah tumor/ kanser/ barah

Ini juga telah dibuktikan dengan beberapa kajian yang menunjukkan aktiviti biologikal cendawan susu harimau ini...

Jadi entri pada kali ini saya akan fokus pada testimoni-testimoni dari pengguna berkenaan dengan produk TIGERUS cendawan susu harimau ini 

Testimoni yang pertama daripada Encik Chong yang berumur 43 tahun.. En Chong merupakan seorang perokok dan dia selalu menderita masalah batuk kering...
Selepas disyorkan oleh kawannya, En Chong cuba menggunakan TIGERUS susu cendawan...


Respon En Chong adalah seperti berikut;
Berdasarkan respon En Chong, dia mengalami batuk yang lebih teruk pada awalnya.. Die juga mengeluarkan kahak yang berwarna hitam pada awalnya... Keadaan begini memang akan berlaku kerana cendawan susu harimau ini bertindak dengan membersihkan paru-paru yang telah kotor dan sekaligus membantu sistem pembersihan paru-paru semulajadi untuk membersihkannya... 

Di tahap awal pembersihan , kotoran pada paru-paru akan dikeluarkan dalam bentuk kahak atau lendiran melalui aksi batuk-batuk.... Jadi Tigerus Cendawan Susu Harimau (CSH) memang berkesan untuk membantu penyembuhan dan juga menguatkan paru-paru dan juga sistem pernafasan.. 

Testimoni yang kedua adalah daripada adik Seow yang berumur 3 tahun mengalami masalah batuk2 kering dan masalah penghasilan kahak selama lebih kurang 3 tahun.. Kesannya dia tidak dapat tidur dengan nyenyak di malam hari disebabkan kerap terjaga kerana batuk2... 

Jadi ibunya memilih langkah yang bijak kerana memberikan adik Seow Tigerus CSH ini... Ibunya memcampurkannya kedalam susunya dan juga menyuap secara terus.... Dalam tempoh seminggu sahaja adik Seow menunjukkan pengurangan dari segi batuk dan berasa lega... 

Jadi kesimpulannya Tigerus CSH ini memang berkesan untuk merawat masalah paru-paru dan pernafasan..... 



Selasa, 24 Mei 2016

Cara-cara Penggunaan Tigerus Cendawan Susu Harimau (CSH)

Kali ni admin akan berkongsi dengan anda semua mengenai cara-cara Pengunaan produk Tigerus CSH kami ni

Sebelum tu saya kongsi juga sedikit mengenai ciri-ciri Tigerus CSH ni..

Bahan aktif : Cendawan Susu Harimau (pure punya! tanpa campuran bahan lain).. Dikapsulkan didalam kapsul yang diperbuat daripada bahan vegetarian (vegecaps)

Jumlah kapsul dalam botol: 30 dan 60 kapsul mengikut saiz botol (harga berbeza ye)

Harga : RM 100 untuk 30 kapsul/botol , RM 150 untuk 60 kapsul/botol

Fungsi: - Melegakan lelah dan batuk (paling cepat boleh tengok hasil dalam masa 1 minggu)
             - Memiliki sifat anti-kerandangan yang semulajadi
             - Agen imuno-modulasi yang sangat hebat!
             - 100% SEMULAJADI dan selamat digunakan kerana tiada KESAN SAMPINGAN !!

Jadi anda sume mesti nak tahu berapa dos yang disyorkan untuk ambik kan!????

Boleh refer kat gambar bawah ni ye~




Kalau untuk kanak-kanak tu disyorkan untuk membuka kapsul dan mencampurkannya dengan minuman anak-anak anda.. Senang la sikit mereka nak makan.. 

Kalau nak lagi senang, guna produk terbaru kami iaitu Tiggy Cocoa... Kunyah-kunyah sahaja!,, Sedap!

Kalau nak lagi sedap boleh juga minum Teh TMM kami ni.. Rendam aje sachet Teh dengan air panas dan campurkan dengan gula perang ataupon madu.. Sedap!!

Isnin, 23 Mei 2016

TIGERUS TMM - Kelebihan dan kebaikkannya

Hi anda semua,

Sebelum ini admin ada menceritakan mengenai paru-paru kita dan penyakit-penyakit yang boleh terjadi kan? Admin ada jugak bagitahu yang Cendawan Susu Harimau ni boleh membantu membersihkan paru-paru kita. 

Jadi di Ligno Biotech kami menghasilkan serbuk cendawan susu harimau dan menjadikannya dalam bentuk kapsul... Kami mengelarkannya sebagai TIGERUS TMM... 



Jadi apa sebenarnya kelebihan atau kebaikan TIGERUS ni??? 

TIGERUS ni merupakan satu pilihan alternatif yang semulajadi dan lengkap untuk masalah paru-paru dan sistem pernafasan..

Mengandungi bahan aktif iaitu sclerotia (ubi) cendawan susu harimau, yang merupakan;

- agen anti radang yang semulajadi
- agen modulator (pengubah)-imunisasi dan antioksida yang hebat dan berkesan
- boleh melegakan simptom pernafasan dalam masa yang singkat (1 minggu) dan mencegah sakit daripada berulang 
- 100% semulajadi dan selamat digunakan

Kelebihan-kelebihan produk ini:
1- Kesihatan paru-paru dan pernafasan

  - Batuk  - Batuk yang kronik dan berulang
                - Tidak boleh diubati mengunakkan ubat batuk yang dipreskripsi 

  - Resdung / Alahan rinitis
               - Melegakan hidung tersumbat atau hidung berair
               - Melegakan bersin dan selsema

  - Asma 
               - melegakan simptom asma seperti dada tersumbat & sesak nafas
               - memendekkan tempoh untuk penyembuhan
               - mencegah penyakit daripada berulang
               - mengurangkan pengunaan inhaler
 

2- Ketahanan badan (imuniti) dan daya hidup
  - Digunakan sebagai tonik kesihatan harian
  - Menguatkan sistem pertahanan badan (imunisasi) 
  - Mengurangkan risiko untuk mendapat sakit terutamanya kanak-kanak dan  warga emas
  - Mengurangan keletihan pada badan dan meningkatkan daya hidup (orang      bekerja)
  - Meningkatkan stamina badan (eg., atlet2 sukan)


3- Kesihatan sendi tulang
  - Melegakan sakit sendi tulang disebabkan oleh keradangan
  - Sakit sendi disebabkan oleh kecederaan dan faktor umur (warga emas)
  - Sakit sendi akibat dari demam dengi dan chikungunya







4- Alahan kulit

  - Melegakan alahan kulit dan ekzema (kulit menjadi kasar dan kelihatan seperti terbakar , kadang2 gatal2 atau berdarah
 - Melegakan kegatalan dan ruam2 pada kulit
 - Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka



5- Anti tumor (barah/kanser)

 - Digunakan secara tradisional untuk barah dan tumor
 - Meningkatkan kualiti hidup
 - Mengurangkan kesan sampingan akibat dari rawatan kimoterapi
 - Pesakit menjadi lebih segar dan bertenaga




Khamis, 12 Mei 2016

Sayangi lah Paru paru anda!

Paru-paru merupakan organ manusia yang paling penting sekali kerana ianya berfungsi untuk pernafasan manusia,

Tahu tak macamana rupa nya paru-paru ???
Ha ni la die rupa paru-paru..


Tahukah anda ???
- Paru paru mempunyai jumlah keluasan permukaan paru paru adalah sama besar dengan saiz gelanggang tenis
- Paru- paru di sebelah kanan saiznya lebih besar daripada paru- paru di sebelah kiri
- Lebih kurang 12 000 L udara yang disedut dan dihembus oleh seseorang individu dewasa pada setiap hari


Paru paru juga boleh bertindak sebagai penapis habuk daripada udara, macam penapis habuk udara dalam aircond kt rumah kita tu... Jadi paru-paru akan tapis segala habuk-habuk atau kotoran daripada memasuki badan kita...

Kalau aircond kat rumah atau pejabat tu kita kene bersihkan kan? So samalah paru-paru kita pon perlu dibersihkan juga..!! So macam mana nak bersihkan paru-paru kita ? Secara semulajadinya, paru paru kita memang dah ada sistem untuk membersihkannya, contohnya kotoran dalam paru-paru kita akan dikleuarkan melalui batuk, kahak ataupun lendiran... Tapi kalau dh lama atau banyak sgt kotoran macam mana?? Kene la guna bantuan..... bantuan macam mana???

Guna Cendawan Susu Harimau laa!!!

Macam-macam penyakit boleh terjadi disebabkan paru-paru yang kotor, contohnya
- Asma (lelah)
- Penyakit bronkitis yang kronik
- Alahan rinitis (alahan pada habuk)
- Sinusitis ( resdung)
- COPD (chronic obstructive pulmanory disease)
- Batuk, demam, seram sejuk,  selsema




Ini kerana kebanyakan penyakit paru-paru ini disebabkan oleh alergen udara seperti;
- debu dan habuk rumah
- debu hama
- spora kulat
- asap rokok atau asap pembakaran terbuka
- debunga lalang
- bulu- bulu haiwan (kucing, anjing)








Sebab tu pentingnya jaga paru-paru kita ni..



Jangan lupa jaga paru paru anda ye! Terutamanya musim jerebu ni lagi bahaya.. banyak kotoran.. 

Sambung next entri... Bye bye..




Selasa, 10 Mei 2016

Teknologi Penanaman Cendawan Susu Harimau secara kultivasi

Mesti tak sabar-sabar nak tahu macam mana nak hidupkan atau biakkan cendawan susu harimau ni secara kultivasi di dalam makmal kan?

Setelah bertahun-tahun buat kajian mengenai cendawan susu harimau ini, akhirnya pada tahun 2009 Dr Tan Chon Seng dan kumpulan penyelidiknya berjaya menemui cara atau kaedah untuk membiakkan cendawan ini dalam makmal.. Walaupun sudah beberapa kali gagal untuk melakukannya tetapi mereka tak pernah putus asa.. Woow! ini namanya saintis yang hebat dan tidak pernah mengalah!

Ligno Biotech Sdn. Bhd. merupakan syarikat pertama di Malaysia, malah pertama di dunia yang berjaya mengkultur cendawan ini di dalam makmal.. Ianya turut mendpat pengikitirafan daripada Malaysia's Book of Record.

Di Ligno Biotech, proses pembiakkan dilakukan mengunakkan pelbagai jenis teknologi dan pada tahap kebersihan dan kawalan yang ketat supaya produk yang dihasilkan selamat digunakan.

Antara kelebihan sistem tanaman kultivasi ialah;
- Mudah untuk di tingkatkan skala pembuatan nya
- Kemampanan bahan ramuan yang dijamin
- Mudah untuk dituai pada tahap pertumbuhan cendawan yang optimum
- Penghasilan yang konsisten dan mengikut standard

Jadi nak tahu macam mana untuk membiakkannya di dalam makmal????

Proses untuk membiakkan cendawan susu harimau ini melalui teknik tanaman kultivasi macam kat bawah ni (ikut turutan):

1. Penyediaan bahan media pertumbuhan
Media pertumbuhan disediakan dengan mencampurkan beras dan serbuk pertumbuhan cendawan khas yang diformulasikan. Proses macam nak sediakan beras untuk masak nasi~


2. Pengsterilan ( proses membunuh kuman pada media pertumbuhan)
Proses ini dilakukan mengunakkan mesin autoclave (macam pressure cooker) , pada suhu dan tekanan yang tinggi.. proses ni pulak macam nak masak nasi la..



3. Inokulasi kultur (proses memasukkan kultur cendawan kedalam media pertumbuhan)
Kultur cendawan susu harimau yang telah disediakan akan di masukkan kedalam media pertumbuhan.. Proses ni mesti dilakukan dalam keadaan yang bersih untuk mengelakkan kuman atau habuk masuk ke dalam media.


4. Proses inkubasi (pengeraman)
Lepas dah masukkan kultur, ia akan disimpan di dalam bilik yang suhu nya telah ditetapkan pada tahap optimum untuk pertumbuhan cendawan ini.. Cendawan ini akan dibiarkan untuk hidup dan membiak dalam lebih kurang 6 bulan


5. Penuaian
Selepas tempoh pengeraman, cendawan ini akan dituai untuk mendapatkan hasilnya..Selalunya cendawan ini akan dituai apabila ianya sudah mencapai tahap pertumbuhan yang optimum, dimana pada tahap ianya mempunyai khasiat perubatan yang tinggi~


6. Proses pembekuan kering
Jadi untuk mengekalkan nutrisi pada cendawan ini, produk ini akan di beku kering untuk membuang segala kandungan air di dalamnya.. Baru lah tak cepat rosak.



7. Pengisaran (cendawan yang telah dikeringkan akan dikisarkan supaya senang nak makan atau dicampurkan dalam minuman)


8. Pengkapsulan serbuk (ini untuk memudahkan lagi untuk makan cendawan ini), kapsul yang kami guna memang 100% vegetarian.


9. Kawalan kualiti (Proses semakan semula kualiti produk yang dihasilkan supaya produk yang dihasilkan selamat dan menepati standard piawaian)
ID Penanda Genetik (DNA fingerprinting)
Pemprofilan kimia (HPLC MSMS)
Assay mikrobiologi


10. Pembungkusan dan penglabelan

Isnin, 9 Mei 2016

Kajian terhadap cendawan susu harimau: Aktiviti biologikal

Kajian terhadap cendawan susu harimau: Aktiviti biologikal


Hi anda semua !!

Entri kali ni akan fokus pada aktiviti biological cendawan susu harimau ini berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan.

Sebenarnya cendawan susu rimau ni sangat berkesan untuk merawat paru paru anda seperti asma, batuk, kahak, dan lain-lain.. Banyak kajian sudah dilakukan untuk mengkaji keberkesanan cendawan ini...

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, cendawan ini menunjukkan adanya aktiviti-aktiviti biologi terutamanya anti keradangan, modulasi imuniti , anti oksida, dan juga anti kanser.. Apa semua tu? Jangan risau saya akan jelaskan satu persatu untuk anda semua...

1. Anti- keradangan

- Kerandangan tu apa?? Radang ni macam sesuatu sel atau tisu ataupun otot didalam badan manusia mengalami pembesaran.. Macam bengkak2 la.. Tp pada tisu atau otot.. Jadi dengan mengunakkan cendawan ini, masalah keradangan boleh lah diatasi.. bengkak- bengkak pada tisu juga berkurangan..



- Suatu kajian makmal juga turut dijalankan untuk mengkaji sifat anti-keradangan cendawan ini.. Kajian dijalankan keatas tisu edema kaki tikus.. Hasil menunjukkan cendawan susu rimau mengurangkan bengkak terhadap kaki tikus tersebut berbanding dengan bahan lain.. 

boleh rujuk artikel berikut utk baca lebih lanjut: Sook Shien Lee, Nget Hong Tan, Shin Yee Fung, Si Mui Sim, Chon Seng Tan and Szu Ting Ng. Anti-inflammatory effect of the sclerotium of Lignosus rhinocerotis (Cooke) Ryvarden, the Tiger Milk mushroom. BMC Complementary and Alternative Medicine 2014, 14:359

2. Modulasi imuniti (Immuno-modulatory)

- Maksudnya merangsang perubahan pada sesuatu komponen.. Dalam kes cendawan ni pulak, ianya membawa perubahan kepada sistem imuniti badan... Cendawan ini akan memberi rangsangan kepada sistem sel-sel imuniti semulajadi badan manusia dan juga sel-sel T pembantu.

-Polisakarida pada bahagian sclerotia (ubi) juga merangsang percambahan sel NK dan juga sel-sel darah putih (macrophage). Ia juga merubah sel protein modulasi pada kulat (fungus), fungus immuno-modulatory protein (FIP).

boleh rujuk pada jurnal ini: Ka-Hing Wong, Connie K.M. Lai, Peter C.K. Cheung (2010).  Immunomodulatory activities of mushroom sclerotial polysaccharides. Food Hydrocolloids 25, pp 150-158.


3. Anti oksida

- Anti oksida ni maksudnya kebolehan sesuatu bahan atau molekul untuk mencegah atau memperlambatkan proses oksidasi molekul lain atau sel-sel. Dalam erti kata lain ianya melindungi sesuatu molekul atau sel-sel lain daripada kesan buruk radikal bebas (oksidan).

- Contoh proses oksidasi yang paling ketara ialah pertukaran warna epal yang dipotong dan dibiarkan terdedah pada udara. Warna isi epal tersebut akan berubah daripada warna putih ke warna perang selepas dibiarkan. Ini disebabkan oleh berlakunya oksidasi pada isi epal tersebut kerana telah terdedah pada udara persekitaran yang mempunyai radikal bebas. Jadi, kalau nak elakkan daripada warnanya bertukar, agen antioksida boleh digunakan.



- Cendawan susu rimau mempunyai sifat anti oksida yang tinggi, dimana ianya memerangkap radikal anion superoksida yang kuat, jadi cendawan ini boleh melindungi sel-sel badan kita daripada berlakunya proses oksidasi yang boleh membawa kesan buruk. Potensi nya juga setanding dengan quercetin dan rutin. 

Boleh rujuk pada jurnal ini: Yap, Y. H., Tan, N., Fung, S., Aziz, A. A., Tan, C., & Ng, S. (2013). Nutrient composition, antioxidant properties, and anti-proliferative activity of Lignosus rhinocerus Cooke sclerotium. Journal of the Science of Food and Agriculture, 93(12), 2945-2952. doi: 10.1002/jsfa.6121

4. Anti kanser (anti percambahan sel kanser/barah)

- Suatu kajian juga menunjukkan bahawa cendawan susu harimau ini mampu menghalang percambahan sel-sel kanser seperti sel barah payudara dan sel barah paru-paru.

-Kajian menunjukkan cendawan susu harimau memberi kesan toksik kepada sel-sel kanser tersebut dan tidak memberi kesan toksik pada sel-sel yang sihat.  Kajian ini telah dipatenkan oleh Universiti Malaya.

Boleh rujuk jurnal ini: M. L. Lee,  N. H. Tan,  S. Y. Fung,  C. S. Tan, and S. T. Ng.  The Antiproliferative Activity of Sclerotia of Lignosus rhinocerus (TigerMilkMushroom).   Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine. 2012:697603. 2012.


Rabu, 4 Mei 2016

Penubuhan Ligno Biotech Sdn. Bhd.

Hai anda semua !!

Mesti semua tertanya-tanya kan Ligno Biotech Sdn. Bhd. ni company ape?

Ha... Sebenarnya Ligno Biotech Sdn. Bhd. ni lah syarikat pertama yang berjaya menghasilkan Cendawan Susu Rimau ni secara tanaman kultivasi di dalam makmal, dan juga syarikat pertama yang berjaya mengkomersialkan cendawan susu harimau ini ke pasaran sebagai supplemen atau makanan tambahan untuk kesihatan..




Berinspirasikan kata-kata ucapan pembukaan dari Tun Dr Mahathir di Konvensyen Bioteknologi 2002 yang menyatakan bahawa cendawan susu harimau merupakan khazanah negara yang berkhasiat dan bernilai , Dr Tan memulakan penyelidikan terhadap cendawan susu harimau ini untuk mengkaji khasiat nya.. Dr Tan dan kumpulan penyelediknya juga mengkaji cara-cara untuk membiakkan cendawan ini secara tanaman kultivasi di makmal seterusnya mengkomersialkan nya ke pasaran tempatan mahupun antarabangsa..

Pada tahun 2008, kajian terhadap teknik untuk membiakkan cendawan ini secara kultivasi di dalam makmal telah berjaya.. Maka dengan itu lah lahirnya Ligno Biotech Sdn. Bhd. yang diketuai oleh ketua pegawai eksekutif (CEO) Cik Ng Szu Ting, manakala Dr. Tan Chon Seng sebagai penasihat syarikat....



Setelah berjaya mendapat geran Technofund daripada Kementerian Pertanian (MOA) pada tahun 2009, kilang untuk penanaman cendawan susu harimau dibangunkan. Projek pembangunan selesai dengan jayanya pada tahun 2011...

Pada tahun yang sama, CSH telah berjaya didaftarkan sebagai senarai bahan-bahan aktif  di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ligno Biotech merupakan syarikat pertama yang mendaftarkan produk cendawan susu harimau ni.

Pada tahun 2012, Ligno Biotech berjaya memasarkan cendawan susu harimau ini ke pasaran tempatan dan seterusnya antarabangsa. Di Ligno Biotech, terdapat pelbagai teknologi untuk menghasilkan cendawan ini... Ini termasuklah proses pembungkusan, kawalan kualiti, dan juga penyelidikan produk2 lain.. Pelbagai produk telah dihasilkan untuk seperti kapsul CSH, serbuk teh CSH, dan yang terbaru adalah tablet kunyah CSH berperisa coklat...





Ligno Biotech turut membekalkan serbuk cendawan susu harimau kepada syarikat/kilang makanan atau minuman untuk digunakan dalam penghasilan produk mereka. Selain CSH, Ligno Biotech juga menghasilkan produk lain iaitu cordyceps.

Selasa, 3 Mei 2016

Sclerotia Vs Mycelium : Morfologi Cendawan Susu Harimau

Hi anda semua !!!

Harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat... Entri kali ini akan mengulas mengenai morfologi cendawan susu harimau ni.. 

Morfologi tu apa? Morfologi ni macam kajian mengenai rupa, bentuk dan sifat-sifat sesuatu objek.. 

Jadi gambar di bawah ini menunjukkan bahagian-bahagian cendawan susu rimau ni.. 

Jadi.. cendawan ini mempunyai 3 bahagian utama iaitu :

-payung
-batang
-ubi (sclerotium)

Bahagian payung dan batang cendawan tersebut tumbuh diatas tanah, manakala ubinya kekal berada dibawah tanah. 

Walau bagaimanapun, bahagian yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi adalah bahagian ubinya...

Cendawan ini selalunya berwarna coklat, manakala isi pada bahagian ubi cendawan tersebut berwarna putih (seakan-akan warna susu harimau). 

Jika ubi tersebut dihancurkan dan dicampurkan bersama air, rupa dan rasanya juga seakan susu.. Kajian dan permerhatian turut dijalankan bagi membandingkan bahagia ubi (sclerotia) dengan bahagian mycelia nya..

Mycelia ni adalah bahagian vegetatif kulat/ cendawan yang terdiri daripada hypae yang mepunyai jisim yang bercabang, dan kelihatan seperti tali benang. Hypae ni pulak adalah bahagian kulat yang penting dan berfungsi untuk melepaskan enzim untuk menyerap nutrien daripada makanan yang ada. Jisim hyphae kadang-kadang dipanggil shiro, terutamanya dalam kulat cincin.

Boleh pada gambar jadual perbandingan dibawah :


Jadi bahagian ubi (sclerotia) cendawan ini boleh dimakan dan digunakan sebagai ubat-ubatan tradisional secara meluas. Manakala, mycelium/mycelia tidak boleh digunakan sebagai makanan secara semulajadinya. 

Bahagian ubi (sclerotia) boleh ditanam secara kultivasi tanpa mengunakkan bahan kimia tetapi hanya mengunakkan bahan makanan yang selamat. Bahagian mycelia pula di biakkan atau dihasilkan dengan mengunakkan bahan media buatan manusia yang rata-ratanya mengandungi bahan kimia.