Isnin, 9 Mei 2016

Kajian terhadap cendawan susu harimau: Aktiviti biologikal

Kajian terhadap cendawan susu harimau: Aktiviti biologikal


Hi anda semua !!

Entri kali ni akan fokus pada aktiviti biological cendawan susu harimau ini berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan.

Sebenarnya cendawan susu rimau ni sangat berkesan untuk merawat paru paru anda seperti asma, batuk, kahak, dan lain-lain.. Banyak kajian sudah dilakukan untuk mengkaji keberkesanan cendawan ini...

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, cendawan ini menunjukkan adanya aktiviti-aktiviti biologi terutamanya anti keradangan, modulasi imuniti , anti oksida, dan juga anti kanser.. Apa semua tu? Jangan risau saya akan jelaskan satu persatu untuk anda semua...

1. Anti- keradangan

- Kerandangan tu apa?? Radang ni macam sesuatu sel atau tisu ataupun otot didalam badan manusia mengalami pembesaran.. Macam bengkak2 la.. Tp pada tisu atau otot.. Jadi dengan mengunakkan cendawan ini, masalah keradangan boleh lah diatasi.. bengkak- bengkak pada tisu juga berkurangan..



- Suatu kajian makmal juga turut dijalankan untuk mengkaji sifat anti-keradangan cendawan ini.. Kajian dijalankan keatas tisu edema kaki tikus.. Hasil menunjukkan cendawan susu rimau mengurangkan bengkak terhadap kaki tikus tersebut berbanding dengan bahan lain.. 

boleh rujuk artikel berikut utk baca lebih lanjut: Sook Shien Lee, Nget Hong Tan, Shin Yee Fung, Si Mui Sim, Chon Seng Tan and Szu Ting Ng. Anti-inflammatory effect of the sclerotium of Lignosus rhinocerotis (Cooke) Ryvarden, the Tiger Milk mushroom. BMC Complementary and Alternative Medicine 2014, 14:359

2. Modulasi imuniti (Immuno-modulatory)

- Maksudnya merangsang perubahan pada sesuatu komponen.. Dalam kes cendawan ni pulak, ianya membawa perubahan kepada sistem imuniti badan... Cendawan ini akan memberi rangsangan kepada sistem sel-sel imuniti semulajadi badan manusia dan juga sel-sel T pembantu.

-Polisakarida pada bahagian sclerotia (ubi) juga merangsang percambahan sel NK dan juga sel-sel darah putih (macrophage). Ia juga merubah sel protein modulasi pada kulat (fungus), fungus immuno-modulatory protein (FIP).

boleh rujuk pada jurnal ini: Ka-Hing Wong, Connie K.M. Lai, Peter C.K. Cheung (2010).  Immunomodulatory activities of mushroom sclerotial polysaccharides. Food Hydrocolloids 25, pp 150-158.


3. Anti oksida

- Anti oksida ni maksudnya kebolehan sesuatu bahan atau molekul untuk mencegah atau memperlambatkan proses oksidasi molekul lain atau sel-sel. Dalam erti kata lain ianya melindungi sesuatu molekul atau sel-sel lain daripada kesan buruk radikal bebas (oksidan).

- Contoh proses oksidasi yang paling ketara ialah pertukaran warna epal yang dipotong dan dibiarkan terdedah pada udara. Warna isi epal tersebut akan berubah daripada warna putih ke warna perang selepas dibiarkan. Ini disebabkan oleh berlakunya oksidasi pada isi epal tersebut kerana telah terdedah pada udara persekitaran yang mempunyai radikal bebas. Jadi, kalau nak elakkan daripada warnanya bertukar, agen antioksida boleh digunakan.



- Cendawan susu rimau mempunyai sifat anti oksida yang tinggi, dimana ianya memerangkap radikal anion superoksida yang kuat, jadi cendawan ini boleh melindungi sel-sel badan kita daripada berlakunya proses oksidasi yang boleh membawa kesan buruk. Potensi nya juga setanding dengan quercetin dan rutin. 

Boleh rujuk pada jurnal ini: Yap, Y. H., Tan, N., Fung, S., Aziz, A. A., Tan, C., & Ng, S. (2013). Nutrient composition, antioxidant properties, and anti-proliferative activity of Lignosus rhinocerus Cooke sclerotium. Journal of the Science of Food and Agriculture, 93(12), 2945-2952. doi: 10.1002/jsfa.6121

4. Anti kanser (anti percambahan sel kanser/barah)

- Suatu kajian juga menunjukkan bahawa cendawan susu harimau ini mampu menghalang percambahan sel-sel kanser seperti sel barah payudara dan sel barah paru-paru.

-Kajian menunjukkan cendawan susu harimau memberi kesan toksik kepada sel-sel kanser tersebut dan tidak memberi kesan toksik pada sel-sel yang sihat.  Kajian ini telah dipatenkan oleh Universiti Malaya.

Boleh rujuk jurnal ini: M. L. Lee,  N. H. Tan,  S. Y. Fung,  C. S. Tan, and S. T. Ng.  The Antiproliferative Activity of Sclerotia of Lignosus rhinocerus (TigerMilkMushroom).   Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine. 2012:697603. 2012.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan