Rabu, 4 Mei 2016

Penubuhan Ligno Biotech Sdn. Bhd.

Hai anda semua !!

Mesti semua tertanya-tanya kan Ligno Biotech Sdn. Bhd. ni company ape?

Ha... Sebenarnya Ligno Biotech Sdn. Bhd. ni lah syarikat pertama yang berjaya menghasilkan Cendawan Susu Rimau ni secara tanaman kultivasi di dalam makmal, dan juga syarikat pertama yang berjaya mengkomersialkan cendawan susu harimau ini ke pasaran sebagai supplemen atau makanan tambahan untuk kesihatan..




Berinspirasikan kata-kata ucapan pembukaan dari Tun Dr Mahathir di Konvensyen Bioteknologi 2002 yang menyatakan bahawa cendawan susu harimau merupakan khazanah negara yang berkhasiat dan bernilai , Dr Tan memulakan penyelidikan terhadap cendawan susu harimau ini untuk mengkaji khasiat nya.. Dr Tan dan kumpulan penyelediknya juga mengkaji cara-cara untuk membiakkan cendawan ini secara tanaman kultivasi di makmal seterusnya mengkomersialkan nya ke pasaran tempatan mahupun antarabangsa..

Pada tahun 2008, kajian terhadap teknik untuk membiakkan cendawan ini secara kultivasi di dalam makmal telah berjaya.. Maka dengan itu lah lahirnya Ligno Biotech Sdn. Bhd. yang diketuai oleh ketua pegawai eksekutif (CEO) Cik Ng Szu Ting, manakala Dr. Tan Chon Seng sebagai penasihat syarikat....



Setelah berjaya mendapat geran Technofund daripada Kementerian Pertanian (MOA) pada tahun 2009, kilang untuk penanaman cendawan susu harimau dibangunkan. Projek pembangunan selesai dengan jayanya pada tahun 2011...

Pada tahun yang sama, CSH telah berjaya didaftarkan sebagai senarai bahan-bahan aktif  di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ligno Biotech merupakan syarikat pertama yang mendaftarkan produk cendawan susu harimau ni.

Pada tahun 2012, Ligno Biotech berjaya memasarkan cendawan susu harimau ini ke pasaran tempatan dan seterusnya antarabangsa. Di Ligno Biotech, terdapat pelbagai teknologi untuk menghasilkan cendawan ini... Ini termasuklah proses pembungkusan, kawalan kualiti, dan juga penyelidikan produk2 lain.. Pelbagai produk telah dihasilkan untuk seperti kapsul CSH, serbuk teh CSH, dan yang terbaru adalah tablet kunyah CSH berperisa coklat...





Ligno Biotech turut membekalkan serbuk cendawan susu harimau kepada syarikat/kilang makanan atau minuman untuk digunakan dalam penghasilan produk mereka. Selain CSH, Ligno Biotech juga menghasilkan produk lain iaitu cordyceps.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan