Selasa, 3 Mei 2016

Sclerotia Vs Mycelium : Morfologi Cendawan Susu Harimau

Hi anda semua !!!

Harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat... Entri kali ini akan mengulas mengenai morfologi cendawan susu harimau ni.. 

Morfologi tu apa? Morfologi ni macam kajian mengenai rupa, bentuk dan sifat-sifat sesuatu objek.. 

Jadi gambar di bawah ini menunjukkan bahagian-bahagian cendawan susu rimau ni.. 

Jadi.. cendawan ini mempunyai 3 bahagian utama iaitu :

-payung
-batang
-ubi (sclerotium)

Bahagian payung dan batang cendawan tersebut tumbuh diatas tanah, manakala ubinya kekal berada dibawah tanah. 

Walau bagaimanapun, bahagian yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi adalah bahagian ubinya...

Cendawan ini selalunya berwarna coklat, manakala isi pada bahagian ubi cendawan tersebut berwarna putih (seakan-akan warna susu harimau). 

Jika ubi tersebut dihancurkan dan dicampurkan bersama air, rupa dan rasanya juga seakan susu.. Kajian dan permerhatian turut dijalankan bagi membandingkan bahagia ubi (sclerotia) dengan bahagian mycelia nya..

Mycelia ni adalah bahagian vegetatif kulat/ cendawan yang terdiri daripada hypae yang mepunyai jisim yang bercabang, dan kelihatan seperti tali benang. Hypae ni pulak adalah bahagian kulat yang penting dan berfungsi untuk melepaskan enzim untuk menyerap nutrien daripada makanan yang ada. Jisim hyphae kadang-kadang dipanggil shiro, terutamanya dalam kulat cincin.

Boleh pada gambar jadual perbandingan dibawah :


Jadi bahagian ubi (sclerotia) cendawan ini boleh dimakan dan digunakan sebagai ubat-ubatan tradisional secara meluas. Manakala, mycelium/mycelia tidak boleh digunakan sebagai makanan secara semulajadinya. 

Bahagian ubi (sclerotia) boleh ditanam secara kultivasi tanpa mengunakkan bahan kimia tetapi hanya mengunakkan bahan makanan yang selamat. Bahagian mycelia pula di biakkan atau dihasilkan dengan mengunakkan bahan media buatan manusia yang rata-ratanya mengandungi bahan kimia. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan