Selasa, 10 Mei 2016

Teknologi Penanaman Cendawan Susu Harimau secara kultivasi

Mesti tak sabar-sabar nak tahu macam mana nak hidupkan atau biakkan cendawan susu harimau ni secara kultivasi di dalam makmal kan?

Setelah bertahun-tahun buat kajian mengenai cendawan susu harimau ini, akhirnya pada tahun 2009 Dr Tan Chon Seng dan kumpulan penyelidiknya berjaya menemui cara atau kaedah untuk membiakkan cendawan ini dalam makmal.. Walaupun sudah beberapa kali gagal untuk melakukannya tetapi mereka tak pernah putus asa.. Woow! ini namanya saintis yang hebat dan tidak pernah mengalah!

Ligno Biotech Sdn. Bhd. merupakan syarikat pertama di Malaysia, malah pertama di dunia yang berjaya mengkultur cendawan ini di dalam makmal.. Ianya turut mendpat pengikitirafan daripada Malaysia's Book of Record.

Di Ligno Biotech, proses pembiakkan dilakukan mengunakkan pelbagai jenis teknologi dan pada tahap kebersihan dan kawalan yang ketat supaya produk yang dihasilkan selamat digunakan.

Antara kelebihan sistem tanaman kultivasi ialah;
- Mudah untuk di tingkatkan skala pembuatan nya
- Kemampanan bahan ramuan yang dijamin
- Mudah untuk dituai pada tahap pertumbuhan cendawan yang optimum
- Penghasilan yang konsisten dan mengikut standard

Jadi nak tahu macam mana untuk membiakkannya di dalam makmal????

Proses untuk membiakkan cendawan susu harimau ini melalui teknik tanaman kultivasi macam kat bawah ni (ikut turutan):

1. Penyediaan bahan media pertumbuhan
Media pertumbuhan disediakan dengan mencampurkan beras dan serbuk pertumbuhan cendawan khas yang diformulasikan. Proses macam nak sediakan beras untuk masak nasi~


2. Pengsterilan ( proses membunuh kuman pada media pertumbuhan)
Proses ini dilakukan mengunakkan mesin autoclave (macam pressure cooker) , pada suhu dan tekanan yang tinggi.. proses ni pulak macam nak masak nasi la..



3. Inokulasi kultur (proses memasukkan kultur cendawan kedalam media pertumbuhan)
Kultur cendawan susu harimau yang telah disediakan akan di masukkan kedalam media pertumbuhan.. Proses ni mesti dilakukan dalam keadaan yang bersih untuk mengelakkan kuman atau habuk masuk ke dalam media.


4. Proses inkubasi (pengeraman)
Lepas dah masukkan kultur, ia akan disimpan di dalam bilik yang suhu nya telah ditetapkan pada tahap optimum untuk pertumbuhan cendawan ini.. Cendawan ini akan dibiarkan untuk hidup dan membiak dalam lebih kurang 6 bulan


5. Penuaian
Selepas tempoh pengeraman, cendawan ini akan dituai untuk mendapatkan hasilnya..Selalunya cendawan ini akan dituai apabila ianya sudah mencapai tahap pertumbuhan yang optimum, dimana pada tahap ianya mempunyai khasiat perubatan yang tinggi~


6. Proses pembekuan kering
Jadi untuk mengekalkan nutrisi pada cendawan ini, produk ini akan di beku kering untuk membuang segala kandungan air di dalamnya.. Baru lah tak cepat rosak.



7. Pengisaran (cendawan yang telah dikeringkan akan dikisarkan supaya senang nak makan atau dicampurkan dalam minuman)


8. Pengkapsulan serbuk (ini untuk memudahkan lagi untuk makan cendawan ini), kapsul yang kami guna memang 100% vegetarian.


9. Kawalan kualiti (Proses semakan semula kualiti produk yang dihasilkan supaya produk yang dihasilkan selamat dan menepati standard piawaian)
ID Penanda Genetik (DNA fingerprinting)
Pemprofilan kimia (HPLC MSMS)
Assay mikrobiologi


10. Pembungkusan dan penglabelan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan