Rabu, 8 Jun 2016

Tigerus TMM di Kongres Antrabangsa Persatuan Sains Cendawan Antarabangsa di Amsterdam

Hi semua penggemar Tigerus Cendawan Susu Harimau!

Kali ni Cendawan Susu Harimau ni dah sampai ke Amsterdam uolls! Wah memang cendawan kita ni dah bertaraf antarabangsa..

Penasihat dan CEO syarikat Ligno Biotech Sdn. Bhd. menyertai Kongres Antarabangsa Persatuan Sains Cendawan Antarabangsa di Amsterdam yang berlangsung sepanjang 29 Mei hingga 2 Jun yang lepas



Penasihat dan Ceo Ligno Biotech , Dr.Tan Chon Seng dan Ms. Ng Szu Ting

Bukan sekadar datang melawat atau dengar saje ye... Dr. Tan turut membentangkan kajiannya terhadap cendawan susu harimau dan juga kebaikkannya supaya seluruh dunia dapat tahu kebaikan dan kehebatan cendawan yang amat berkhasiat ini... 



Selain itu ada juga pameran yang mempamerkan perlbagai jenis cendawan yang amat cantik dan unik..

Haa ape ni?? Ni la baju yang diperbuat daripada mycelium cendawan.. Unik kan?? . Agak-agak ada yang nak try pakai tak baju ni?? Baru lah fashion forward siapa yang pakai ni.

Ni pula bangku yang diperbuat daripada mycelium cendawan.. Cendawan ni memang suatu tumbuhan yang senang tumbuh.. Kat mana-mana pon boleh tumbuh.. Tapi tak semua spesis cendawan lah.. 







Macam-macam jenis cendawan yang dipamerkan.. Unik betul kan?? Pelik-pelik jugak namanya... Mesti korang semua tak pernah tengok kan? 

Apa-apa pon cendawan susu harimau memang unik dan berkhasiat.. Mampu melegakan masalah paru-paru dan pernafasan anda.. Dan juga masalah lain-lain seperti alergi, sait sendi tulang, tumor dan lain-lain.. Boleh juga digunakan sebagai supplemen tambahan untuk memberi tenaga dan meningkatkan stamina.. Lagi-lagi bulan puasa ni.. Apa kata makan Tigerus CSH ni untuk sahur dan berbuka.. Supaya anda lebih bertenaga! Layari website kami www.tigerus.com.my atau FB dan IG kami untuk tempahan.. 

Bye dan selamat berpuasa!! 

Isnin, 6 Jun 2016

Tigerus Cendawan Susu Harimau di SUTRA SHOPPE !


Hi semua!

Entri pada kali ni lebih menjurus kepada SUTRA SHOPPE... Dimana Sutra Shoppe merupakan salah satu pengedar Tigerus CSH ni!... Sutra Shoppe ni nama kedai ye... 

Sutra Shoppe ni merupakan kedai konsep yang menempatkan hampir 70 jenis produk kesihatan iaitu Aromaterapi, Wangian, Wellness .... 

Jadi kat mana Sutra Shoppe ni? 

Lokasi: Dataran Centrio Seremban 2, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 10.30 pagi hingga 9.00 malam 

Dibuka pada setiap hari ye!

Jadi orang-orang negeri boleh la poei beli produk ni ha.. bagus untuk kesihatan anda, Terutamanya paru-paru dan sistem pernafasan.. 



Tadaa! Ni dia produk Tigerus di Sutra Shoppe 


Jadi ada boleh dapatkan produk Tigerus ni di Sutra Shoppe... Orang-orang Seremban lah terutamanya.. 

Jadi harga untuk produk Tigerus yang boleh didapati di Sutra Shoppe adalah sperti berikut 

Tigerus CSH Sclerotia (30 Kapsul):Rm98
Tigerus CSH Sclerotia (60 Kapsul):RM 148
Teh Cendawan Susu Harimau: Rm48
Tiggy Cocoa (Tablet Mudah Kunyah): RM38




Kedai ni pon sebenarnya baru je dibuka dan Grand Opening nya adalah pada 14 May yang lepas 

boleh layari facebook Sutra Shoppe ni kalau nak tahu lebih lanjut.. https://www.facebook.com/sutrashoppe/?fref=nf

ataupun boleh semak Instagram www.instagram.com/Sutra_Shoppe_Official


Sebelum grand opening tu wakil Ligno Biotech telah kesana untuk product training




Gambar -gambar kat bawah ni adalah susunan pelbagai jenis produk2 yang dijual di Sutra Shoppe





Jadi apa tunggu lagi?? Yang ada dikawasan Seremban tu cepat2 lah serbu Sutra Shoppe ni dan jangan lupa beli Tigerus Cendawan Susu Harimau ye! Banyak kebaikan nya untuk anda semua.. 



Ahad, 5 Jun 2016

Testimoni : Kesihatan sendi tulang

Hi pembaca-pembaca yang awesome!

Kali ni kita akan sambung lagi dengan testimoni pengguna mengenai cendawan susu harimau ini.. Tetapi kali ini lebih fokus pada kesihatan sendi tulang lah... Maksudnya kehebatan cendawan susu harimau ini terhadap kesihatan sendi tulang..

Selalunya sakit sendi tulang ini sering dikaitkan dengan;

- kecederaan atau penyakit
- faktor umur (radang sendi pada warga emas)
- arthritis (sakit atau kejang pada otot) yang disebabkan oleh demam denggi atau chikungunya

Testimoni pertama dari Pn Xu yang berumur 58 tahun yang telah mengalami masalah athritis selama 3 tahun... Sebelu diperkenalkan kepada cendawan susu harimau, Pn Xu mendapat rawatan daripada ubat-ubatan moden.. Ubatan moden yang Pn Xu gunakan sebelum ni mengandungi steroid dan telah memberi kesan sampingan kepadanya iaitu bengkak pada bahagian kakinya..

Selepas diperkenalkan pada cendawan susu harimau, Pn Xu mengambilnya selama 2 bulan dan hasilnya dia tidak lagi mengalami bengkak pada kakinya tidak lagi mengalami sakit-sakit sendi.. Hasil pemeriksaan kesihatan dengan Dr nya juga menunjukkan pengurangan indeks atritis..





Yang berikutnya adalah testimoni daripada En Omar yang berumur 62 tahun... Encik Omar menderita penyakit athritis rheumatoid (atritis yang berpanjangan dan menyebabkan sakit, bengkak dan juga kejang pada sendi), radang bronkial dan juga batuk kronik selama bertahun-tahun.. Selain itu dia juga mengalami masalah prostat yang membengkak..

Bila dia diperkenalkan kepada Tigerus Cendawan Susu Harimau ni, En Omar telah mengambil sebanyak 4 kapsul dalam masa sehari.. Banyak kan? Sebab En Omar mahu hasil yang cepat dan berkesan.. Tak bahaya ke ambil banyak2 dalam sehari??? Tak bahaya lah! sebab cendawan susu harimau ni bukannya ubat yang mengandungi bahan kimia, ianya merupakan herba... Jadi tiada kesan buruk atau kesan sampingan apabila mengambilnya dalam jumlah yang banyak..

Selepas sebulan pengambilan, En Omar merasai kesakitan sendi nya telah mula berkurangan... Inilah kali pertama En Omar berasa selesa dan mudah untuk bergerak selepas 40 tahun menderita sakit athritis..

Selain kesakitan pada sendi, En Omar juga turut merasakan bahawa batuk kronik yang dihidapinya juga telah berkurangan.. Bak kata orang putih "kill two birds with one stone".... Maknanya cendawan susu harimau ni memang berkesan!! Sakit sendi dan juga batuk En Omar telah berkurangan...

Selama ni, En Omar, menggunakan ubatan moden tetapi apakah hasilnya?? Xde hasil.. 40 tahun dia menderita disebabkan dua penyakit ini... Hebat kan Tigerus Cendawan susu harimau ni?? Dua-dua sekali penyakit En Omar telah berkurangan..

Selepas 3 bulan pengambilan Tigerus CSH, En Omar menjalani pemeriksaan rapi oleh doktor dan wow!, hasilnya menunjukkan tahap PSA (indeks BPH) telah dikurangkan dari 4.7 ke 2.3... Ni maksudnya kadar pembengkakan pada prostat En Omar berkurangan..


Rabu, 1 Jun 2016

Testimoni : Kesihatan Paru-paru dan Sistem Pernafasan (Part 2)

Mari kita sambung testimoni-testimoni pengguna terhadap kehebatan produk TMM ni terhadap masalah paru-paru dan sistem pernafasan..


Testimoni seterusnya daripada Cik Ng berumur 30 tahun berasal dari Kedah... Cik Ng ni dah lama mengalami masalah resdung dan alahan pada habuk ... Disebabkan ni juga lah dia senang diserang sakit demam selsema pada setiap bulan..

Ini disebabkan oleh sistem imunisasi badan dia yang lemah dan menjadi alah pada habuk.. jadi dengan adanya Tigerus Cendawan Susu Harimau ni, sistem imunisasi badan Cik Ng telah dikuatkan semula... Kan CSH ni ada fungsi sebagai imuno-modulasi yang boleh membawa perubahan pada sistem imunisasi badan kita..




Testimoni seterusnya datang daripada Puan Chia, anaknya Chia yang berumur 2 tahun menderita masalah batuk dan selsema yang kerap kali berlaku... Selama 2 tahun dah adik Chia menderita masalah ini... Biasala budak mesti tak nak makan ubat moden kan ? sebab rasanya yang pahit.... 

Jadi Pn Chia juga telah memilih langkah yang bijak dengan memberikan anaknya itu Tigerus CSH.. Pn Chia mencampurkan CSH ni kedalam minuman anaknya atau air suam ... Respon daripada Pn Chia ialah sakit anaknya berkurangan dan telah mula pulih hanya selepas 3 hari sahaja... 



Seterusnya pula testimoni dari adik Cheah yang mengalami masalah lelah/asma semenjak berumur 5 tahun lagi.. Dia akan diserang asma ni sekurang-kurangnya sekali sebulan dan akan jadi lebih terukkalau jerebu... Kesian kan?? 

Tetapi lepas dia cuba guna Tigerus CSH dalam masa 6 bulan, dia tak lagi diserang asma dan dia kembali aktif seperti kanak-kanak lain.. Yeay!


Jadi anda yang kat luar sana tu kalau nak anak-anak anda yang sakit dan sembuh boleh lah bagi mereka makan Tigerus CSH ni.. lagipun sekarang ni Ligno Biotech dah perkenalkan produk baru untuk kanak-kanak iaitu Tiggy Cocoa Tablet (gula-gula kunyah cendawan susu harimau berperisa coklat)... Mesti budak-budak suka kan kalau gula-gula?? Lagi2 kalau perisa coklat.. Nyumm nyumm nyumm... Yang sihat pon boleh makan! Jangan risau sebab CSH tidak ada sebarang kesan sampingan kalau mengambilnya... Ni boleh dijadikan supplemen tambahan untuk anak-anak anda.. Tiggy Cocoa ni juga ada campuran kolostrum dan DHA yang boleh menguatkan sistem imunisasi anak-anak anda..